20110705

.91.


saya mahu ini! saya nak jugak pakai macam ni
"hang ni asyik pakai seluaq jaa, macam jantan"
jadi, saya mahu yang macam ni laa.
nampak perempuan sikit kan? kan?
maxi dress and skirt gitu youu
;))


20110704

.90.


vlog. matluhfi90. mungkin ada yang penah tengok. vlog beliau sangat AWESOME waa cakap luuu. seriously setiap vlog yang beliau buat ade mesej yang sangat berguna yang kadang kala kita anggap remeh. aku mula tengok vlog beliau ni kat youtube setelah jiran bilik kat hostel dulu cadangkan. aku start dengan vlog pasal sampah. vlog beliau buat aku senyum and tak berenti gelak. habis satu, aku search lagi seterusnya pasal mercun bola. kemudian drama melayu dah lastly habis semua vlog yang beliau ada kat youtube tu aku tengok. now ni, aku sentiasa akan update if beliau ade upload any new video kat youtube. if aku bosan pun aku boleh ulang tonton vlog die banyak kali. aku nak suggest kat korang jugak supaya tengok laa vlog beliau ni dan ambil laa pengajaran from every video yang korang tengok tuu. selamat menonton semua ;))




20110703

.89.



semalam tengok transformers 3 Dark of The Moon. sempat jugak dapat tiket. banyak tempat dah sold out. cerita takde laa best mane pun. mungkin sebab takde megan fox :P
sampai berapa kali ntah aku menguap. hahaha. nampak dah kan cerita ni macam bosan bagi aku.

sementara nak tunggu time masuk panggung tu, aku buat senaman kaki laa dulu. aku jalan dekat 3 mall sekaligus. dasyat tak??? hahaha. orang penang jaa boleh buat macam nii. actually kan, dekat kawasan aku ni 3 mall tu dah jadi dekat dekat, dah bersambung sambung ala ala twin tower tu. prangin mall, komtar and 1st avenue. senang senang korang datang laa melawat. :D
dah penat jalan cuci mata rasa kering tekak. nak try
'cool blog'?? haa, ape kejadahnye benda ni??
ini ialah sejenis minuman yang agak femes jugak laa. sepanjang aku jalan tuu, ramai orang memegangnya di tangan sambil shooping dan window shooping. sooo, why not?? "chocolate smoothie cool blog with pearls" pearls tuu, bijik bijik hitam yang liat liat tu laa. asyraf yusof pilih "oreo with chocolate smoothie without pearls" sebab dia kata bijik bijik tu mengganggu kenikmatan air nak lalu kat straw. hahaha. rasa chocolate ni boleh tahan, nak sama macam java chips starbucks kot haa. nak rasa starbucks yang berbelas ringgit tuu sekarang dah boleh dapat dengan harga kurang dari lima ringgit. tapi, memang
laa minum kat starbucks tu lagi puas. no doubt pasal tuu. tengok price laa kan.

cool kan kiosk "cool blog" ni.

chocolate smoothie with pearls, only at RM4.10

java chips frappuccino


ouh yaa, semalam pakai t-shirt elmo saya yang comel tu :P tapi kan, everywhere pegi semalam asyik terserempak budak pakai t-shirt sama macam aku. tapi die laki laa. tibe tibe rasa segan, malu. kelakar pun ade jugak :D hahaha. jalan jalan kat tiga tiga mall
tu boleh plak asyik terserempak plak.

elmo by asyraf yusof ;))


semalam jugak ade kempen dari PDRM kat mall tu. siap ade konvoi motor motor besar and ferrari berapa bijik ntah. dorg stop by kat mall tu untuk edarkan risalah. baguslaa dorang ni. macam macam cara guna nak berkempen. mula mula polis datang ramai ramai ingatkan ade perhimpunan ape ape, nanti boleh laa masuk berita tv3. hahaha. apa pun tak boleh :P


sepatutnya, lepas subuh tadi nak bertolak balik arau. tapi keluarga lebeh utama kan.



20110702

.88.



perhatian!!
kepada sesiapa yang ada koleksi ni sila maklumkan :)

teringin pulak nak khatam lagi.

.87.



mata tak boleh pejam lagi. kerjaan pun tiada nak buat
mari jumpa pakcik google., kite search pasal diri sendiri
stalk diri sendiri laa ni kan
dan saya jumpa gambar-gambar sebelum cukup umur mengundi dulu.
pelik pulak tengok gambar sendiri kat google. haha :D

ni gamba mudamudi dulu


maklumlaa, lappy dah punah. teringat nak tengok gambar-gambar dulu.
try cari kat google ade laa plak.
dulu dulu rajin kemain lagi nak update blog.
upload macam macam gambar haa
sekarang??? malas nak mampos
aku start blogging ni since 2009. masa tu broadband tengah laju. tak ramai orang pakai. hahaha
masa tu pun banyak cerita nak kongsi.
sekarang ni, ada angin rajin mai meniup baru laa rasa nak tekan new post
bila tiba saat tak boleh pejam mata macam sekarang ni, bawu laa terhegeh nak login blog
jangan kecik hati naa encik blog :P

ouhh yaaa, by the way ade benda nak cerita. dua tiga hari ni sibuk orang tanya "ko degree kat mana eh?" "ko sambung civil jugak ke??"
wahai rakan rakan ku sekalian, untuk pengetahuan anda. aku ni diploma pun tak settle lagi. macam mane nak sambung degree. memang laa sepatutnye, aku dah habes dip now ni. tetapi, apelaahh nasib badan.
aku carry satu paper jee lagi!! ouhh yeah! nampak macam buang masa kan?? satu sem bawa satu paper je. sighh! macam ni ceritanya, aku boleh je settle paper ni masa semester 6 dulu. tetapi, ketua program aku tak bagi. cgpa aku time tuu okay jee. 3++ . die cakap "awak nak sambung degree tak?? klaw taknak, awak boleh laa habeskan semua paper sem ni. klaw nak, saya nasihatkan awak jangan amek sem ni" . atas sebab beliau lebeh berpengalaman, aku ikut cakap beliau. naseb laa mak and ayah aku support and paham situasi aku. terima kasih! dah bila tiba masanya, bawu laa aku paham kenapa beliau berkata sedemikian rupa kat aku. bukan semua orang yang habes diploma on time tu dapat continue degree. sebab ikut cakap beliau, aku siap boleh merasa dekan lagii haa masa result final semester 6 dulu. terima kasih banyak laa en muklis yee, betol laa kata-kata ni "setiap benda yang berlaku tu, pasti ada hikmahnya"
untuk kawan kawan yang sambung degree tu, selamat maju jaya :)

sekarang ni aku stuck lagi kat arau. at least aku merasa tinggal kat rumah sewa, matrik card ade sticker NR, merasa naik bas uitm, merasa masak masak dengan housemate :D

peeps, doakan laa aku dapat selesaikan dengan cemerlang. aminnn.